Watak-watak Utama K-On!

Yui Hirasawa (平沢 唯, Hirasawa Yui)Disuarakan oleh: Aki Toyosaki (Bahasa Jepun), Stephanie Sheh (Bahasa Inggeris)Yui merupakan watak utama dalam anime K-On!. Dia merupakan salah satu ahli kelab muzik ringan dan memainkan gitar "Heritage Cherry Sunburst Gibson Les Paul Standard" yang digelarnya sendiri sebagai "Gīta" "ギー太". Dia tidak mendapat gred yang bagus dalam sekolah (apabila diajar betul-betul, dia mendapat keputusan di luar jangkaan). Yui seorang yang kekok dan selalu meluangkan masa dengan perbuatan sia-sia. Dia boleh memakan apa-apa makanan pun (dan badannya tetap tidak berubah; perkara ini dicemburui Mugi, Mio, dan Sawako). Dia mempunyai seorang adik bernama Ui, yang sangat matang dan amatlah berlainan dari segi tingkah laku jika dibandingkan dengan kakaknya. Yui berlatih bersungguh-sungguh untuk mendapat keputusan yang baik dalam permainan gitar. Yui bermain dengan semangat yang tinggi semasa persembahan dan selalu mendapat perhatian penonton. Yui merupakan penyanyi utama dalam Hokago Tea Time. Yui sangat senang diganggu oleh perkara lain tetapi boleh menumpukan perhatian untuk sesuatu kerja pada satu-satu masa yang tertentu. Jika Yui menumpukan perhatian kepada sesuatu dengan bersungguh-sungguh, dia sering kali akan lupa tentang perkara yang dibuat sebelumnya. Yui selalu berlatih bersungguh-sungguh untuk Hokago Tea Time. Suaranya dipuji oleh warga sekolah setelah kelab mereka melakukan beberapa persembahan.Ritsu Tainaka (田井中 律, Tainaka Ritsu)Disuarakan oleh: Satomi Satō (Bahasa Jepun), Cassandra Lee Morris (Bahasa Inggeris)Ritsu (ataupun "Ricchan", nama gelaran yang diberikan Yui) merupakan presiden tidak rasmi kelab muzik ringan mereka dan bermain dram berjenama Rick Marotta Signature Yamaha Hipgig. Dia sering kali lupa akan tempahan yang harus dibuat untuk pentas semasa persembahan sekolah dan selalu diingatkan oleh Mio dan Nodoka. Ritsu ialah seorang yang periang, dan suka membuat lawak. Dia sangat pandai mencari duit dan untuk kejayaan kelab itu. Dia memilih dram kerana alatan tersebut dianggapnya "hebat" tetapi sebenarnya, dia memilihnya kerana mempunyai masalah dengan alatan muzik yang menggunakan pergerakan jari yang rumit. Contohnya bass, gitar dan papan nada walaupun terpaksa ditempatkan di belakang pentas.Dia merupakan kawan Mio sejak kecil dan selalu mengusik rakannya itu terutamanya apabila Mio berasa takut akan sesuatu. Dia mencemburui Mio dan kawan-kawannya yang lain kerana kurang bersikap sebagai seorang perempuan seperti mereka berdua. Walaupun sikap dia begitu, dia dipilih memainkan watak Juliet pada musim kedua dan berjaya berlakon secara bersopan-santun. Dia mempunyai seorang adik lelaki bernama Satoshi (聡). Pemain dram yang disukainya ialah "Keith Moon of The Who".Mio Akiyama (秋山 澪, Akiyama Mio)Disuarakan oleh: Yōko Hikasa (Bahasa Jepun), Cristina Vee (Bahasa Inggeris)Mio ialah seorang gadis pemalu dan serius di kelab muzik ringan mereka, dan merupakan seorang pemain bass yang kidal, juga salah satu penyanyi selain Yui. Dia sebenarnya ingin mengikuti kelab bahasa Inggeris namun atas permintaan Ritsu, dia menemaninya untuk menubuhkan kelab muzik ringan sekolah mereka. Dalam siri anime, Mio merupakan penyanyi ketika ketiadaan Yui dan menyanyikan beberapa lagu yang digubahnya sendiri; salah satu daripadanya berjudul "Masa Ringan dan Lembut" (Fuwa Fuwa Time).Tsumugi Kotobuki (琴吹 紬, Kotobuki Tsumugi)Disuarakan oleh: Minako Kotobuki (Bahasa Jepun), Shelby Lindley (Bahasa Inggeris)Tsumugi, atau lebih dikenali dengan nama gelarannya "Mugi" merupakan seorang pemain piano dan juga memainkan alat muzik papan nada dalam kelab muziknya. Tsumugi merupakan anak seorang tuan perusahaan muzik. Keluarganya merupakan golongan yang kaya dan mempunyai banyak vila mewah dan sering kali dikunjungi oleh anggota kelab muziknya untuk berhibur bersama. Mugi sentiasa membawa teh dan kek (yang didedahkan didapatinya daripada sebuah kafe milik ayahnya) apabila mereka melakukan latihan di dalam bilik kelab, kadang-kala sehingga mereka tidak melakukan sebarang latihan. Pada awalnya, Mugi ingin menyertai kelab koir, namun setelah dipujuk Ritsu dan Mio, Mugi bersetuju untuk menjadi ahli kelab muzik ringan sekolahnya.Azusa Nakano (中野 梓, Nakano Azusa)Disuarakan oleh: Ayana Taketatsu (Bahasa Jepun), Christine Marie Cabanos (Bahasa Inggeris)Azusa merupakan seorang pelajar baru yang akhirnya menyertai kelab muzik ringan sekolahnya. Dia merupakan seorang pemain gitar yang handal, meskipun umurnya muda setahun berbanding ketiga-tiga ahli kelabnya yang lain. Dia sering kali digelar sebagai "Azu-nyan" oleh ahli kelabnya setelah memakai sepasang telinga kucing dan mengatakan "nyan" (yang mana "nyan" dalam bahasa Jepun adalah sama dengan bunyi "ngiau" yang dihasilkan kucing). Meskipun tidak mengakui kehandalannya, Azusa telah bermain gitar sejak kecil lagi. Apabila Yui menemui Azusa, dia memintanya mengajar teknik-teknik tambahan untuk meningkatkan kemahirannya dengan alat muzik tersebut.